Posted by : hanunes
Selasa, 03 November 2015
Nabi Zakaria a.s., ayah Nabi Yahya sadar
dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya,
sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani
Israil
yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman
dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga
dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan
kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang
waris yang dapat
melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahwa mereka akan makin rusak dan makin
berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka
mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum
agama.
Kekhuatiran
itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia
sejak menikah hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum
mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya
memimpin dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan
kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat
dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan
keinginanya yang kuat untuk memperolehi keturunan tergugah kembali ketika ia
menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam
hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah
memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan
berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun
usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada
suatu malam yang sudah larut duduklah Zakaria di mihrabnya memusatkan fikiran
kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan
keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut dia berdoa: "Ya
Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi
sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku
kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahwa sepeninggalanku nanti anggota-anggota
keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati,
tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah
menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang
perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan
aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang
putera yang soleh yang engkau redhoi."
Allah berfirman
memperkenankan permohonan Zakaria: "Wahai Zakaria Kami memberi kabar
gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh
yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan
diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang
nabi."Zakaria berkata "Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperoleh anak
sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah
lanjut usia."
Allah
menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah
bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum
ada sama sekali?"Zakaria berkata "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu
tanda bahawa isteri aku telah mengandung." Allah berfirman: "Tandanya
bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari
berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya
serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."
Nabi
Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia
diberi ilmu dan hikmah semasa dia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang
putera yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong
durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda,
sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh
kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan
matanya cekung.
Ia
dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal
kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia
memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca
orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya
menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan. Dia
selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosa
mereka. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dimandikan { dibaptiskan } di sungai
Jordan, kebiasaan mana
hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya
adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki "Yahya
Pembaptis".
Dikisahkan
bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu
mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik,
ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis
berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyetujui rencana perkahwinan
itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan mengeluarkan fatwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh
dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang
mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita
rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya
tersiar di seluruh pelusuk kota dan menjadi pembicaraan orang di
segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik itu, merasa
sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya a.s. yang telah mengeluarkan fatwa
mengharamkan pernikahannya dengan saudaranya sendiri, yang telah membawa reaksi
dan pendapat di kalangan masyarakat yang luas. Dia khuatir bahawa calon
suaminya, Herodus, dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa
membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan
sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu
untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi
fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Pada
suatu hari Hirodia datang menemui Yahya di rumahnya. Hirodia berdandan sangat
cantik. Ia mengajak Yahya untuk berzina. Siapa tahu sesudah melakukan perbuatan
nista itu Yahya akan jadi penurut dan tidak lagi menentang rencana
pernikahannya dengan Raja Herodus. Namun Hirodia kecewa, walau ia telah
bertelanjang bulat di hadapan Yahya, pemuda itu tidak tergoda bahkan merasa
jijik sekali melihat Hirodia yang bejad moralnya. Ia mengusir Hirodia dengan
suara yang keras. Hirodia merasa malu sekali, merasa terhina sekali dan
karenanya ia merasa dendam dan sangat benci kepada Yahya.
Hirodia
langsung menghadap Raja Herodus dan ia berkata bahwa Yahya telah menginanya.
Sesungguhnya Yahya tidak setuju atas pernikahannya dengan sang Raja adalah
karena Yahya pamrih dan ingin menikahi Hirodia sendiri. Tadi Yahya telah
berusaha memperkosanya. Hasutan Hirodia yang tajam itu membakar kemarahan Raja
Herodus. Ia segera memerintahkan bala tentaranya untuk memenggal kepala Yahya.
Para tentara itu sebenarnya sangat keberatan, namun mereka diancam hukuman
berat. Maka akhirnya dengan segala cara mereka dapat menemukan Yahya. Nabi yang
salih dan tegas pendiriannya itu dibawa ke penjara dan di penggal lehernya.
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun.
